25 May 2010

menjadi IBU sementara

Minggu lepas sempatlah aku merasa macam mana perasaan Mama jaga adik aku yang berdua tu. Mama aku pergi umaha abah seminggu. so aku la yang kena jaga adik-adik aku ni.
Tapi ok la sikit, aku tak payah masak, sebab aku pun tinggal dengan wan dan atuk aku kat kampung. Cuma ada beberapa perkara yang aku tak boleh elak..

  • Bangun pagi-pagi buta, padahal baru pikir nak qada tido bila start cuti sem. Bangun pukul 6 am, kejut adik-adik. Buat susu untuk Ainaa.

  • Mandikan Ainaa Annisha, pakaikan baju dia. Memandangkan adik aku yang lebar ni baru berumur 6 tahun, jadi aku la kena mandikan die. (Takpe Ainaa, nnti akak ada anak, ko lak mandikan.)

  • Hantar Haqqim ke sekolah yang jaraknya 10 Km dari rumah aku. Mujur ayah nak tolong aku hantar Ainaa gi sekolah.

  • Pergi joging sambil dating. Ops.. tak termasuk!!

  • Balik ke rumah, start la keja umah seperti basuh baju, jemur baju, sapu sampah & +++++

  • Pukul 12.00 tengah hari uh, aku kena meredah terik matahari nak jemput Ainaa.

  • Pukul 2.40 pm lak, sekali lagi meredah panas terik matahari. Sabar je la, nie muka aku sekarang dah habis terbakar. Jemput naik moto je.. Tiba-tiba teringat kata Fiqah.. " ni baru panas dunia"

  • Bila dah malam, ajar Haqqim lak wat keje sekolah. Sampai nangis-nangis gak la aku ajar die. Benda senang malas nak pikir!! ish,

  • Pukul 10.30 pm, pastikan adik-adik masuk tido.

Rutin harian aku ni berjalan seperti biasa selama seminggu. Penat juga jadi surirumah tangga nie ye.. Nie belum bab memasak lagi.

Rase-rase aku dah boleh kawin x???hehehehehe


3 comments:

sophie said...

dah boleh kawen nie!pandai jage anak..;)

dila said...

alala. bleh dah tu selo-selo jadi bini org. skil jadi suri rumah ade dah :)

anis aris said...

kena cari duit pulok la ...huhu.
;D