26 May 2010

AWAS!! pemandu sedang diuji.


Hari ini aku menjalani pra test ujian memandu. Dah 6 jam aku belajar bawak kereta. Dulu aku pikir bawak kereta nie tak best + dengan fobia kau kena langgar kereta tapi bila dah pandai, rupanya bawak kereta sangat la best.

Pra test tadi bermula dengan kena bawak di jalan raya. Sebelum memulakan perjalanan macam cool je, selaras tempat duduk, cek cermin kereta kiri kanan, cermin pandang belakang, dan benda lain kecuali aku lupa nak bunyikan hon..huhu. dah sampai rumah baru teringat.

Memulakan perjalanan lak ok jew tapi masalah menimpa aku masa berhenti di persimpangan. 2 kali kereta aku mati, kalau dengan JPJ ni mesti aku dah kandas.

Selepas bawak di jalan raya, aku buat bukit lak. Dapat kereta yang gile uzur. Matilah aku. Bila sampai atas bukit tu, aku nak tekan minyak, tengok2 takde meter minyak. Camne nie, aku pun ikhtiar je la. Tekan minyak kuat-kuat, pastu lepas clush, turun handbreak. Waa.. aku berjaya.
parking aku tak risau ngat sebab aku ok jew parking. Ikut formulanye ok la.

Akhirnya aku lulus juga pra test nie walaupun kereta mati waktu kat jalan. Aku rasa pegawai tu bagi can je kat aku. Takpe ada masa lagi aku nak practise wat yang terbaik sebelum 1 Jun nie.


No comments: