24 April 2010

Mayat buatan

Sejak dua menjak nie. tibe2 rindu sangat kat kwn-kwn di Sekolah Kebangsaan Temerloh, Pahang (SMKT).Rindukan waktu zaman tersebut. Banyak sangat kenangan pahit, manis, masin dan payau di situ.
Aku start sekolah kat situ setelah tamatnya sekolah rendah di Sekolah Kebangsaann Bangau pada tahun 20o4. Dulu aku kelas 1 Cekal, kelas Rancangan Khas, ambik bahasa Arab. Selalu ponteng kelas bahasa arab tue, sangat tak minat. Sejak form 1 lagi aku tinggak kat hostel. Waktu tue dapat ramai kawan yang best cam Fiqah, Diela, Maaitah, Wana, Ieja, Nanie, Ecah, Wan, Fatin, dan orang2 lain. ( sory kalau aku lupa name korang..)..ape kaitan tajuk post nie dengan cite aku. Baru nak start cite...

Aku nak cite satu peristiwa yang x akan aku lupakan sampai bila2. Waktu 2 aku baru form 1. Kami ni setiap pagi hari persekolahan akan ada kelas fardhu ain (kls mengaji) sebab form 1 & 2 sekolah sesi petang. Giliran kelas fardhu ain kami selepas akak2 form 2 mengaji, lepas kami lak dak aspura (lelaki). Pada hari tersebut, ustazah nak balik awal sebab ada hal. Selepas ustazah balik, kitorang tak terus balik hostel tapi balik still dik kat surau, tgh-tgh bosan nie dapat 1 idea selepas nampak kain sembahyang yang banyak sangat dan bersepah-sepah. Kami pun kutip semua kain sembahyang tersebut dan membentuk mayat yang dah dikapan. Memang perfect la kami buat sampai nmpk sangat real. selepas tu kami letak depan pintu dan letak yassin ditepi mayat palsu tersebut. kami pun pulang ke hostel.

Dari dorm aku boleh nampak surau, jadi kami mengintai la ape yang akan berlaku waktu budak aspura pergi surau. Selepas beberapa minit, kami nampaklah sekumpulan dak aspura berjalan ke arah surau tetepi tiba2 mereka semua lari lintang pukang. Salah seorang dari mereka ada manjerit " WEI, AKU NAMPAK BENDA TU ADA HIDUNG LA WEH!!!!"
Kami yang berada dalam dorm nie, tergelak terbahak-bahak...HAHAHAHAHAHAHA!!!!!!

Keesokan harinya kami kena marah dengan akak-akak form 2 kerana wat main benda-benda macam tu.

* sumpah wei!! aku rindukan korang...


No comments: