22 April 2010

bUdak zaMan sekaRang

Minggu lepas, aku menemani Nurudin Nazrin . Di situ adalah seorang budak bernama Abu (bukan nama sebenar) dan Ali( bukan nama sebenar).

Abu berumur dalam 17 tahun manakala Ali 18 tahun. Aku mendengar perbualan mereka berdua. Aku tak beberapa meminati cara percakapan mereka berdua, sangat kurang ajar tapi Nurudin cakap, tu la BRUTAL!! Ah, aku tak boleh terima alasan tu sebab aku pikir kita sebagai orang melayu dan rakyat Malaysia perlulah menjaga tatasusila diri. Sangat-sangat tak sedap kedengaran. Aku pun takde la sopan mane kan tapi aku masih menjaga percakapan aku. Kalau tak, mak aku dengar, kena cili mulut la weh..huhu

Satu perkara lagi, Abu ni ada menceritakan pasah keluarganya yang cam bermasalah bagi aku tapi aku tak tau kenapa Ali mengatakan keluarga Abu ni BEST!!!!! tolong la weh.. tak leh pikir ke mana betul dan salah??? Aku tak faham apa yang diorang fikirkan, hanya nak kebebasan tapi bagi aku kasih sayang dan perhatian keluarga amat penting.

Aku anggap masalah keluarga zaman sekarang datang daripada institusi keluarga itu sendiri. Kebanyakan remaja bermasalah datang dari keluarga bermasalah. Ibu bapa sendiri perlu mencorak kehidupan anak sama ada mahukan yang terbaik atau terHANCUR..

Mungkin sekarang mereka (remaja) ini masih memikirkan keseronokan tetapi hakikatnya keseronokan itu hanya sementara. Aku harap satu hari nanti mereka akan berfikir lebih jauh tentang masa depan.

p/s : rasa cam dah tua cakap pasal ni..huhu

No comments: