Assalammualaikum dan selamat sejahtera
Ikutkan bukak laptop nak buat assignment, terbuka blog pastu tertaip pulak new entry ni.. Ramai jugak yang singgah blog ni nak tahu apa itu "ukur bahan @ quantity surveyor". Bagus la adik-adik ye, research dulu sebelum mohon apa-apa. Tak adalah menyesal tak sudah dikemudian hari.
Cerita pasal nak mohon UPU ni, nak masuk u mana, kos apa. Penting la bagi adik-adik sekalian yang disayangi ni tahu minat adik-adik ke arah mana. Jangan nak apply ikut cakap mak, ayah, abang, kakak, kawan dan orang di sekeliling kita,
Know what, baru ni masa ice breaking dengan lecturer dalam kelas, mostly satu kelas tak nak jadi quantitiy surveyor *termasuk la den ni ha*. Ada yang kata nak ambik second degree kos lain, hate qs, and perkara-perkara lain yang negatif la. Tapi ape boleh buat, nak patah balik, dah terlambat. Kenapa jadi macam ni ye kawan-kawan?
Mostly in my class, ambik kos qs sebab dorongan dari parents, sibling, cousin dan ada pakai apply je masa UPU. So, mereka bukan berminat pun nak jadi qs ni tapi disebabkan dorongan pihak lain. Bila tak minat, semua benda jadi tak menarik, dan kualiti yang dihasilkan pun tak bagus. Bila dah kerja nanti, kerja sambil lewa, banyak merungut, tak boleh buat kerja lebih sikit. Sebab apa? Sebab TAK MINAT. Terpaksa kerja qs sebab ijazah bidang tu, no choice.
My lecturer said, bila kita minat dengan sesuatu benda, even kita kena bersusah payah, kena berkorban masa, berkorban duit, kita sanggup sebab kita dengan rela hati dan suka hati buat benda tu. Tak ada paksaan, tak ada sakit hati. Dan kualiti yang dihasilkan pun menarik.
Jadi adik-adik, daripada cerita yang panjang lebar, adik fikir-fikirkan la. What your interested? What you want to be in the future? Yang akan menghadapi kehidupan akan datang adalah diri kita sendiri, not our parents, or siblings or our friends. Pilih la kos yang berkaitan dengan minat adik-adik. Kalau kita buat atas dasar minat, In Sha Allah semuanya akan lebih mudah :)
qs : quatity surveyor
| Bila dah jadi quantity surveyor benda ini yang akan hadap construction industy tak lekang dengan isu "bawah meja" Hanya iman di dada benteng segalanya harap aku bukan salah seorang yang terjebak |
Jangan dah terhantuk baru nak tergadah
Perhatian Lepasan SPM!


